Pengikut

Isnin, 17 Oktober 2011

Terima kasih...

Terima kasih dan tanda penghargaan buat Kak jee kerana sudi follow blog saya... Balik dr opis tadi the eldest daughter request nak makan kuih ketayap.. Tak sampai hati kata penat @ malas.(Tapi mmg pon)

Kebetulan pagi tadi lps hntr diaorang gi sekolah singgah pasar beli kelapa muda. Maka dgn bersungguh2lah saya buat inti pastu bancuh tepung untuk buat kuih ketayap yang diminta. Then inilah hasilnya..


Firstly buat inti dulu



Pastu bancuh tepong


Canai atas pan


Letak inti


Taada dah siap inila hasilnya


Resepi Kuih Ketayap

Untuk Inti Kelapa

1 biji kelapa muda
1/2 ketul gula melaka
1 cwn gula perang
2 helai daun pandan

Cara-caranya

Masukkan kelapa, gula melaka, gula perang & daun pandan dlam ke kuali. Dgn api yg sederhana besar kacau kelapa sehingga gula hancur. Agak2 dah kering air gula bolehlah dipadamkan api.

Untuk Lempeng

1 cwn tepung gandum
1 cwn air
secubit garam
3 helai daun pandan, pakai daun pandan menaikan aroma (kalo xde guna perwarna hijau pon bole)

Cara-caranya

Blendkan daun pandan bersama-sama air. Kemudian masukkan tepung dan garam, agak boleh dicanai di atas pan anda.

ok selamat mencuba...

2 ulasan: