Pengikut

Isnin, 10 Disember 2012

~~Al-Fatihah Untk Anak Buahku~~

Pada pagi isnin lepas 19 Muharam 1434 hijrah bersamaan 3 Dis 2012 jam 6.43 pagi aku mendapt panggilan dari abngkku yg ku panggil alang dalam keadaan yg tercungap2. Dlm nada yg sedih dia bagitau bahawa anknya yg bongsu sekali telah dijemput ilahi..Ya Allah rasa nk gugur jantungku mendengarnya. Pada ketika itu aku tidak berada di Tangkak, tapi kami telah bertolak menuju ke Cameron Highland Pahang untuk membawa ank2ku pergi bercuti. Sungguh ku tak sangka kali terahir aku berjumpa baby tu pada hari rabu 28.11.2012 kerana meraikan ulangtahun kelahiran kakakku dan kenduri kesyukuran di rumah kakakku. Memang xde apa2 perubahan pada anak itu. Bila abangku bagitau yang anaknya telah dijemput ilahi, mmg kami sukar untuk menerimanya..Dia seorang ank yg lincah, petah dan bijak. Syurgalah tempat mu wahai anak. Kita menyayangi dia tapi Allah lebih mengetahui, Dia telah mengatur segala2nya. Dia hanya pinjamkan kita hanya untuk seketika saja. Kepada abngku, aku harap kau tabah menghadapi dugaan yg amat besar ini. Moga Allah cucuri rahmat ke roh Allahyarham Akif Danish dan ditempatkan di syurga. Al-Fatihah...
baby Akif Danish dalam kenangan

Rabu, 7 November 2012

~~Hari2 terakhir BaBy di Tabika KEMAS~~

Hari nie ada lah dalam 3 hari lagi sekolah. Tapi anak aku dah mcam nk ponteng je jumaat ni. Tak sangka anak aku dah nak sekolah rendah tahun dpn..Dalam 2 tahun di tabika KEMAS drp x reti mengira dah pandai mengira, drp buta huruf da panadai membaca. Terima kasih yg x terhingga pada cikgu yg telah mendidikan anak aku Nurul Arisya binti Mazlan. Sebagai membalas jasa cikgu dan pembantunya aku bagi sepasang baju tiap2 seorang. Apalah sngat dengan baju tu jika dibandingkan jasa mereka yg telah mendidik anakku.Sempat lagi aku snap2 gambo dgn mereka. Siap cikgu tanya aku dah xde ke lagi anak yg nak masuk Tabika ..Dah2 le cikgu aku da pencen..Tido malm pon dah lena kuikuikui....alhamdulillah segala nya selesai...
Baju yang kubeli untuk diorang
Kek yang sempat kubuat mlm tadi untk makn2
Inilah Cikgu Fauziah A.K.A Kak Jee yg mengajar anak aku..
BaBy n Cikgu
BaBy n Makcik Ana Pembantu Cikgu
BaBy n Kengkawan..

Isnin, 5 November 2012

Mini Konvokesyen Tabika KEMAS

Agak2 dah lama aku x menghapdet belog aku ni...huhuhu xde masa la mcm busy bebenor ek. Pada Khamis lepas ada hari konvokesyen anak aku yg kecik..Ni yang last dah xde lagi yang tadika pasni dia da msuk skolah rendah betol da xde main2 lagi mcm sklh tadika ni..Aku tepakse le cuti hari tu sbbnya buat kat Bukit Gambir. Ayahnya untung le xyah amik cuti sbb dia keja kat sana..Maka pepagi aku dah ngikut ayahnya ke Bukit Gambir. Pas dia turunkan aku ngan anak2 dia terus pi keja..Dak si baby ni ada buat persembahan koir tu yg kena cpat2 tu.Ada mcm2 gaye bebudak ni...Aku mals nak taip bayk2 korng tgk le sendiri gambo2 yg sempat aku amik ni..

Jumaat, 14 September 2012

Anakku Arisya Demam Panas

Salam pagi jumaat. Aku hampir2 nak cuti hari ni , anak aku yg kecik tu demam panas. Macamane leh demam tau, semalam dia ada latihan genderang untuk hari potensi nanti. Memang tak betul lah cikgu dia tu ada ke buat latihan kat tengah2 panas terik. Berdiri dari pukul 12.30 tgh hingga 3.00 petang. Tak pasal2 anak aku da demam. Haishhhh. Dah la mlm tadi tidur lambat kul 2 pagi. Buat apa tu, tempahan cup cake dan kuih untuk anak aku dan hubby bawak gi keja dan sekolah sbb ada jamuan hari raya kat tempat diaorang.. Dalam kul 4.30 pagi sayup2 aku dengao ngan tak bunyi talipon, betul ke nie. Dalam ati sapa plk yg talipon pagi2 buta nie, dari corong talipon aku dengo suara kakngah aku ckap, na Baby demam mengigil2 ni. Ya Allah aku terus kejutkan cik suami, then aku dan cik suami bwk ke hospital. Tinggi demamnya 38.8. Balik tu dia terus muntah, aku bagi ubat terus tidur. Dalam kul 7 tadi dia bangun Alhamdulillah demamnya da kebah dan badan berpeluh. Aku tak bagi dia ke sekolah. Aku kat tempat keja ni pon da ting tong kepala nak tumbang...Harap2 aku tak apa2. Baru jap akau tipon Baby tanya dia kata da ok sikit. Aku kesian kat dia sebab semalam dia bagitau aku kat sekolah dia ada jamuan hari raya. Macam2 makanan ada bu, roti canai, roti jala, ketupat ,.. Takpe la syang nanti ibu buat untuk baby ea. Cepat2 sihat nanti kita bole makan sama2..Sekian wasalam.

Khamis, 13 September 2012

~~~Selesai Sudah Peperiksaan UPSR~~~

Alahamdulillah selesai sudah peksa UPSR anak bujangku..Da boleh hoye hoye x..ibu doakan abang mndapt keputusan cemerlang nanti.Insyaallah. Nasib baik sepanjang peperiskaan dia x kena asma yg selalu dihidapinya tu. Aku mmg sentiasa je jaga kesihatan dia..Pantang selsema sikit aku da risau je..Tapi syukur pada Allah semuanya berjaln dgn lancar. Tahun hadapan giliran kakak pulak nak amik peksa PMR..Aku berdoa supaya ank2ku menjadi insan yg berjaya dan cemerlang..Pasni leh le ajak ayah gi jenjalan, haritu ayah kan da janji. Okeylah sekian tu aje ceritaku utk hari ni....


inilah satu2nya anak bujang aku



pas ni kak ija janji nk bawak kat sini huahuaha






Khamis, 6 September 2012

Happy anniversary perkahwinan ku yg ke 15 tahun....

Alhamdulillah kita berada di hari yang ke 19 syawal. Aku gase2 seme da buat puasa 6 kan. Sapa yg da buat tu diucapkan tahniah le..Hari ini 6 hb September 2012 merupakan hari yg pling bersejarah buat aku.. Kenapa?? Jeng jeng jeng..pada tanggal 6.9.1997 aku telah diijabkalbul dgn en suami aku skang ni la. Kebetulan plk aku cuti harini, tp bkn nak smbut anibeseri tu. Aku nak kena jadi tukang masak terjun, Bukan bidan je yag ada bidang terjun tau, tkang msk pon ada akula. Malm ni ada solat hajat untuk budak2 yg amik peksa UPSR, temasuklah ank bujang aku. So aku kena mask untuk 70 org, nsb mask yg simple2 je. Ok bebalik pda cerita anibeseri tadi, Rupa2ya sudah 15 tahun kami melayari bahtera perkahwinan kami..Aku dikurniakan suami yg baik dan anak2 yg comel serta mendengar kata. Sepanjang perkahwinan kami alhamdulillah tiada badai dan masalah berlaku, aku bersyukur kepadaMu Ya Allah. Dalm membesarkan anak2 mcm2 cabaran dan dugaan yg ditempuhi...Ank2 ku msih memerlukan bimbingan dan perlindungan dariku..Pagi ank2 dihantar oleh suami ke sekolah, pada sebalh petang pulak tugas tu diambilalih oleh aku, supir yg x dibayar gaji..tapi aku happy xpe bkn org lain darh dagingku sendiri..Tapi yg buat aku bengang semalm dan smpai bila2 ialh aku amik ank bukn pegi mana pon.Tapi ada yg da sound mcm2..Ada berlaku ketidakadilah di sini, dlm pejabat aku tu ada bebagai2 jenis manusia...Ada yg dok tepacak kt dpn PC dri pagi sampi petang keja dia hnya main game..Mmg org nmpk dia x penah keluar tapi apa kejanya...Ada yg duduk dlm cermin kalo nak suh buat keja semua x bolehhhh....Hanya memerhartikan org lain buat keja...Keja dia bodek org atasn...Ada yg nmpk waktu pagi je pastu ilng2.. bIla tanya ckp ada keja kat belakng...PAstu balik awal..mintak kuar awal..Ada yg buat OT tapi kejanya apa FB jwblah ko nanti...xde sape pon yg nmpk dan bercakap. Tapi bila aku msuk lmbat sikit da sound macm2..Aku kalo kaya, xnaknya aku keja baik aku dok umah urskan anak2 je..Tapi apakan daya ni la rezeki yng Allah bagi. TErima ksih YaAllah. Ya Allh aku bermohon padaMu supaya dilindungi dari org yg berhati busuk dan dengki terhadapku..

Selasa, 14 Ogos 2012

Sambungan cuti semalam gak..

Dalam pada sempat tak sempat. Dapat gak aku buat sekut gaye..2 jenis gitu.. hahahah inilah hasilnya..

Biskut Mazola


Biskut Cip coklat


Aku ditemani oleh oyen



Anak bujang tolong sekali, korang habaikan latar belakang tu

Tak lupa jugak Cup Cake untuk tatapan korang semua..Sila2 la dtang umah kalo nak rasa



Cuti aku yang tak berupa cuti

Ni citer smlm. Aku kan cuti tapi sama je cam keja ek. Knpa aku ckp sama cam keja, sbb pagi anto dak kecik tu gi sekolah, pastu gi paso beli barng skit. Kul 9.30 gi bank nak buat buku akaun simpanan ASB (TING) Remaja untuk anak aku yg kecik. Remaja la sgt walhal br 6 taun umo. Setelah Sebenonya aku nak citer ni kalo korng buat buku dokumen2 ori semua bank amikkan. Tapi aku tak tau apa punya terseliuh bdk bank tu bagi aku semua dokumen yg ori dan copy seklai. Aku pun amik le, tapi dlam ati ada tepikir gak ngape org bank ni sengal sangt. Dah petang kul 6 sibuk aku tgh masak budak bank tu tipon aku suh pulangkan semua dokumen kecuali buku pada bank. Haish menyusahkan betolah , da le nak kuar dri pejabat buknnya senang. Kalo buat kat pejabat pos mmd xde masalah pon, kt maybank ni banyak sgt sangkaknya. Apa xnya masa nak buat kat pejabat pos tempohari, buku habis, pastu masa nak buat kat maybank IC aku x bole baca. Setelah melalui beberapa kesulitan akhirnya dapat gak aku buat buku smpanan utk anak aku tu..Bukan apa malabur untuk masa depan orang kata sikit2 lama2 jadi bukit..

borang ori bagi pada aku nak buat hapa


ok babai....

Selasa, 31 Julai 2012

cerita sedih aku

Aku ingin berkongsi kisah sedih aku dgn korng semua.. Ada ke org nak baca belog aku ni. Lantak la kalo ada sesapa yg terbaca. Anak2 bulus aku pegi tinggalkan aku buat selama-lamanya. Huhuhuuaaa sedehh..Semalam aku balik dari ofis aku pnggil Citam xde rspon . Aku x tau dia mati kul brapa. Pastu pagi ni jam 6.02 am Chombi plk tinggalkan kami.




masa Chombi tgh sihat

Xyah sedeh2 la aku bagi korang lirik lagu ni


Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…


huhuhu sedei...

Jumaat, 20 Julai 2012

Rasa macam kembang seminggu ni...

Apa kena mengena tajuk di atas dgn n3 aku ni.Da lama rasanya aku x menghapdet belog ni kan.. byk sebenarnya n3 yang tertunggak.Ok baiklah 2 hri lepas aku pegi appoitment anak aku di HPSF di Muar. Aku ambik dia di sekolah pukul 1 tgh, kebetulan GPK HEM ada jadi aku pon mintak le kebenaran pada cikgu tu nak bawak ank aku balik. Cikgu tu leh tanya ni akak ke mak..tentu le aku ni mak dia ek. Pastu dipendekkan cerita aku pegi le hospital bawak anak aku jumpa doktor pakar payudara..jeng jeng jeng mesti suspen kan ekeke..Bila nama anak aku dipanggil aku pon masuk sama2 ngan ank aku. Alamak kebetulan doktor lelaki plk. Anak aku cuak le, Nasib nurse ada..Korang nak tau apa nurse ngan doktor tu ckp diaorang ckp lagi ni kakak ke mak, masa tu aku mcm snyum2 kambing le padahal dalm ati tu suka. Bila doktor kata tiada apa2 lega rasa hati ni sebab yelah korang pikir le tiba2 anak aku mengadu ada mcm bisul kat payu dara dia. Alhamdulillah anak aku tiada apa2 cuma doktor kata tu mcam hormaon sebab dia baru nak masuk alam remaja. 1 lagi cerita hari ni aku pegi sekolah anak aku sebab ada hari terbuka untuk ibu bapa. So aku pon beratur le untuk mengambil tmpat sementara menunggu ibu bapa yg lain sibuk dok berceloteh tentang anak masing2 pada guru . Ada yg ambik masa lama dekat 1/2 jam mcm la orng lain xde keja ek. Sampai giliran aku jumpa guru kelas anak aku kami pon berslam..Eh eh cikgu tu sebenarnya cikgu aku masa form 2 dulu..Dia masih cam aku..Dia kata aku adalah murud peberet dia.Tapi soklan yang paling korang menyampah sekali sebab dia tanya ni kakak ke mak???hahahahhah nak tergelak guling2 aku rasa sebab sepanjang minggu ni aku nmpk awet muda sgt2 smpai mata org2 ni nmpk aku mcm kakak2 je pada anak aku..Anak aku menyampah je..Muhehehh.. So itu le ceritanya yg membuatkan aku rasa kembang seminggu ni..Pada sapa2 yg nak kelihatan muda seperti aku petuanya senang aje banyak2lah bersedekah dan senyum selalu. Insyaallh korang kan muda selalu. Hahaha jumpa lagi di next n3 sayonara.. Selamat menjalani ibadah puasa pada seluruh umat islam di muka bumi ini

Selasa, 19 Jun 2012

Cerita 3 in 1

Sekarang ni nak makan apa2 pon da x sedap. Musim panas kot ke tekak ni da pandai sbb x smpai sebulan lagi Bulan Ramadhan Al Mubarak akan menjelma. Masak apa2 pon anak2 da xnak mkn sgt. Pada malam Isnin lepas aku terasa nak mkan ayam panggang. Aku beli sekor ayam agak2 remaja lagi kot sebb kenit jew ayam tu. So maka aku memerapla ayam terlebih dahulu dgn rempah ratusnya. Da mlam aku panggang jew ayam tu dalm aben itam aku. Bukan pakai aben karen pon wakahahahah. Tapi hasilnya inilah...



Wei malulah ayam ni seksi sangat...


Ni story ke 2 plk, en suami call ckp ada anak kucing comel. Aku tanya kt dia apa jantina ank kucing tu. Dia mane le tau. Tau dia asel kucing tu comel dia amik je. Dgn bersush payahnye dia hangkut ank kucing bwk balik..Sampai je kat umah anak kucing xde. Wah ni sudah misteri, lama jugak le kami anak beranak dok mencarik anak kucing yg ilang tu. Sib bek x smpat tubuhkan pasukan penyelamat hehehehe... Anak kucing tu rupanya ada menyorok dalm wayar kat bwh stereng korang bayangkanlah. Ank aku x sabo2 nak tengok mana ghope nya kucing tu,..Tapi utk tatapan korang ini lah anak kucing nya...


tomei x saya....


Story ke 3, minggu ni da 2 x berturut2 kubuat kek coklat tmpahan dari kawan2 anakku. Eleh buat utk suka2 jew...Aku lom pro lagi. Janji leh ngap dan dak2 tu kenyang...


Model kek la ni konon2nya(FOC)



asal halal sudah

Khamis, 14 Jun 2012

Musim durian datang lagi

Semalam pegi kebun cari durian. Arwah mak adalah tinggalkan sikit dusun buah-buahan untuk anak2 dan cucu merasa. Walaupon aku x makan durian tapi aku leh gak ikut carik durian, pegi da petang mana nak ada lagi. Carik2 punya carik dapatlah buat rasa2 je durian tu.. Isinya ada yg tak berapa elok pon. Tapi bole la kot...Sebab aku mmg x mkn durina.Anak2 ngan en suami mmg hantu durian. Sibuk2 hubby carik durian aku ngan ank aku carik apa korang tau..JENG JENG JENG Cantik x hahahah Gambar penghilang Stressss

Rabu, 6 Jun 2012

Selamat Hari Lahir Baby

02.06 20012, genap usia ank bongsuku yang ke 6 tahun. Baby panggilan manjanya yang diberikan oleh makngah, nama sebenar NURUL ARISYA, Hepi besde sayang. Walaupun hari lahirnya da terlpas 4 hari, tapi aku tetap nak buatkan jugak besde anak bongsuku. Aku ajk adik beradik je, tetamu lain ika sblh umah aku, dak kecik yg mulutnya mak aii bole tahan. xkan taknak ajak kot. Kami adalah buat makan2 sikit. Nak buat Sabtu tu korang paham2 jew ler kan byk umah org kawen, kawen sana, kawen sini. Meh lah sini aku nak tepek gambar2 msa besde mlam tadi...







hadiah dari kak ija

Rabu, 30 Mei 2012

Chiko Dalam Kenangan

Korang ingat x aku ada bela kucing beberapa bulan yg lalu. Sekarang kucing tu da pergi meninggalkan aku untuk selama2nya. Pada jumaat yg 25.05.2012 aku bwak chiko gi petshop sbb dia da lama xnak mkn. Dr berikan suntikan pada chiko untuk bg chiko ada selera mkn, pastu sebelah mlmnya chiko da mula mntah2. Aku cb bagi ubt thn muntah yg dr telah bekalkn. Hari sabtu chiko makan skit tapi masih lagi muntah2. Hari Ahad aku tinggalkn chiko sendirian kat umah sbb kitaorang nk g umah org kawen, masa tu chiko msih sihat lagi..Mlam Chiko da semakin gagat muntahnya aku x tau nk buat apa, bagi ubat tahn mntah pon x jaln juga. Isnin 28.05.2012 anak aku bgitau Chiko mntah terlalu banyak sehingga mengeluarkan cacing. Muka chiko da semakin pucat. Aku tempatkan Chiko dlm sngkar dia, semalaman dia di situ. Pagi selasa jam 5.50 pagi aku bangun tido, Chiko masih benafas lagi tapi bola mata dan anak mata chiko da x bersinar lagi malahan da terpelesok ke dlm sikit. Aku sempat pnggil Chiko tapi mmg da xde respon..Aku tinggalkan juga chiko sebab nak g keja..Dlam pukul 9 lebih aku call kakak tanya chiko mcmne kakak kata chiko da semakin lemah bu..Dlam pukul 945 pagi kakak bagitau aku, ibu chiko da mati. Lemah seluruh tubuhku. Tanpa disangka2 air mataku deras mengalir di hadapan kawn2ku. Apa yg ku jangkakn selama ni akhirnya mmg btl2 terjadi, chiko da pergi tinggalkan kami untuk selama2lamanya. Chiko kenapa terlalu cpt kau tinggalkan kami, tiada lagi gelagat chiko yg selama ini menjadi penghibur kami sekeluarga. Tiada lagi geseran bulu chiko di badan ibu, tiada lagi chiko yg akan kejutkan ibu dari tido tiap2 pukul 5 pagi. Chiko moga aman di sana ya..Kami sentiasa rindukan chiko yg mmg telah menjadi sebagian dari hidup kami..

Chiko pada hari isnin pagi



petang hari isnin



3 jam sblm chiko pergi






Chiko yang sudah kaku...


Aku rasa macam bersalah sebab x sempat nak bwk chiko g klinik. Chiko maafkan ibu ya...