Pengikut

Isnin, 10 Disember 2012

~~Al-Fatihah Untk Anak Buahku~~

Pada pagi isnin lepas 19 Muharam 1434 hijrah bersamaan 3 Dis 2012 jam 6.43 pagi aku mendapt panggilan dari abngkku yg ku panggil alang dalam keadaan yg tercungap2. Dlm nada yg sedih dia bagitau bahawa anknya yg bongsu sekali telah dijemput ilahi..Ya Allah rasa nk gugur jantungku mendengarnya. Pada ketika itu aku tidak berada di Tangkak, tapi kami telah bertolak menuju ke Cameron Highland Pahang untuk membawa ank2ku pergi bercuti. Sungguh ku tak sangka kali terahir aku berjumpa baby tu pada hari rabu 28.11.2012 kerana meraikan ulangtahun kelahiran kakakku dan kenduri kesyukuran di rumah kakakku. Memang xde apa2 perubahan pada anak itu. Bila abangku bagitau yang anaknya telah dijemput ilahi, mmg kami sukar untuk menerimanya..Dia seorang ank yg lincah, petah dan bijak. Syurgalah tempat mu wahai anak. Kita menyayangi dia tapi Allah lebih mengetahui, Dia telah mengatur segala2nya. Dia hanya pinjamkan kita hanya untuk seketika saja. Kepada abngku, aku harap kau tabah menghadapi dugaan yg amat besar ini. Moga Allah cucuri rahmat ke roh Allahyarham Akif Danish dan ditempatkan di syurga. Al-Fatihah...
baby Akif Danish dalam kenangan